Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Kolej dan Universiti


Print Email

Melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Pahang adalah salah satu pilihan yang terbaik kerana terdapat banyak  institusi pengajian tinggi yang telah bertapak terutamanya di bandar Kuantan. Ibu bapa boleh mempercayai  akan kualiti dan taraf pendidikan yang disediakan oleh institusi-institusi ini kerana  mereka  diawasi dengan teliti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui jawatankuasa kawalan kualiti dan perundangan yang sesuai seperti Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Universiti dan kolej di sini menawarkan kursus sijil, diploma dan ijazah pertama dan kelayakan ijazah tinggi (dibidang akademik dan profesional). Jangka masa pengajian untuk program ijazah sarjana muda asas ialah 3 tahun dan kursus pengajian di peringkat ini ditawarkan oleh kedua-dua sektor pengajian awam dan swasta.
Institusi  pengajian tinggi di negeri ini terdiri daripada dua kumpulan utama:

  • Institusi Pengajian  Tinggi Awam (dibiayai oleh Kerajaan), contohnya, universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan perguruan
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( dibiayai oleh pihak swasta) contohnya, universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan  universiti luar dan kolej swasta


Pahang menawarkan pelajar antarabangsa pilihan yang pelbagai dari segi kursus dan pengkhususan. Salah satunya ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang cawangannya adalah dari kampus utama di Gombak, menawarkan ijazah dalam Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu (Radiografi, Optometri, Dietetik dan Audiologi), Kejururawatan dan Sains (Bio-perubatan dan Sains Fizikal).

Institusi Pengajian Tinggi Awam diuruskan oleh Kerajaan. Antara institusi yang terletak di Pahang ialah:

  1. International Islamic University Malaysia (IIUM)
  2. University Malaysia Pahang
  3. Pahang Islamic College
  4. Sultan Haji Ahmad Shah Polytechnic

Institusi Pengajian Tinggi Swasta ialah institusi yang diuruskan oleh badan persendirian. Antara yang terletak di Pahang ialah:

  1. Kolej ShahPutra Kuantan
  2. Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) College
  3. ECM A Institute  
  4. MIDAS Technology Institute
  5. Olympia College
  6. PSDC  College
  7. Cosmopoint International College

Yuran Kursus yang Kompetitif
Selain daripada pilihan kursus yang banyak yang disediakan untuk pelajar, institusi pengajian tinggi di sini menawarkan yuran kursus yang kompetitif. Jadual berikut menunjukkan anggaran yuran tuisyen di pelbagai tahap pendidikan.

Pengajian Asas atau Pra-Universiti
GCE ‘A’, Level, UK USD 3,140 - USD 4,860 (18 bulan)
Ausmat, Australia USD 2,570 - USD 3,140 (1 tahun)
SAM, Australia USD 2,570 - USD 3,860 (1tahun
Canadian Pre-U, Canada USD 3,430 - USD 4,430 (1 tahun)
Prauniversiti, Malaysia USD 2,290 - USD 3,230 (1 tahun)

 

Kursus Persediaan untuk Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris
Test of English as a Foreign Language (TOEFL) USD 143 - USD 229 (2 bulan)
International English Language Testing System (IELTS) USD 129 - USD 229 (2 bulan)

 

Program Ijazah Sarjana Muda (dalam USD)
Bidang Pengajian Laluan Pengajian
Keseluruhan Persiapan Ijazah
  1. Program Ijazah Luar  3+0 Kolej Swasta (3 tahun)

 

  1. Program Ijazah kampus cawangan Universiti Luar (3 tahun)
  1. Program Ijazah Universiti Swasta Malaysia (3 tahun)
Perniagaan 11,150 - 14,290 13,710 - 24,000 8,570 - 11,430
Kejuruteraan 12,860 - 14,860 (3 tahun, UK) 21,140 - 40,000
(4 tahun - Aust) (3 tahun - UK)
12,860 - 14,290 (4 tahun)
Teknologi Maklumat 9,710 - 12,860 13,430 - 25,140 9,430 - 12,290
Perubatan - 114,290 (5 tahun) 62,860 - 108,570 (5 tahun)
Pelancongan dan Perhotelan 13,710 - 18,570 - 12,000 - 14,290

 

Menyediakan Pelajar untuk Peperiksaan Profesional Luar
The Chartered Association of Certified Accountant (ACCA) USD 3,290 - USD 4,290
The Chartered Institute o Management Accountant (CIMA) USD 3,710 - USD 4,570
Institute of Chartered Secretaries & Administration (ICSA) USD 2,860 - USD 3,430

 

Pengajian Lepas Ijazah ditawarkan oleh Universiti Awam dan Swasta
Sarjan Perniagaan dan Pentadbiran (MBA) USD 5,710 - USD 16,740
Ph.D USD 3,000 - USD 10,860

Sumber: Study in Malaysia Handbook oleh Challenger Concept (M) Sdn Bhd

Perbelanjaan Sara Hidup yang Mampu Biaya

Kos perbelanjaan keseluruhan untuk tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar kampus secara dasarnya adalah berpatutan dan masih dalam lingkungan belanjawan kebanyakan orang. Bergantung pada lokasi dan pilihan pelajar, rata-rata kos sewa bilik (dwi inap) untuk seorang pelajar adalah antara RM300-RM450 (USD86-USD129).

Perbelanjaan lain seperti makanan, pengangkutan, dobi dan keperluan asas lain,dianggarkan antara RM700-RM950 (USD200-USD270) sebulan ,berdasarkan gaya hidup yang sederhana.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kos sara hidup di antara Malaysia dengan negara-negara lain:

Contoh Perbandingan Kos Pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer, Universiti Australia (3 tahun)
Perkara Kampus Cawangan Universiti Australia di Malaysia Universiti Australia
Yuran Pengajian USD 8,650 USD 17,000
Kos Sara hidup USD 4,290 - 5,710 USD 14,290 - 16,430
Insurans Kesihatan USD 60 USD 250
Pukul Rata Kos Pengajian (setahun) USD 13,670 USD 32,440
Jumlah Kos Pengajian USD 41,010 USD 97,330

 

Anggaran Kos Pengajian untuk Program Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan dan Kesenian
( setahun) di Pelbagai Negara
Negara Yuran Pengajian Kos Sara HIdup Jumlah Kos
Australia (awam) USD 8,500 USD 8,500 USD 17,000
Kanada (awam) USD 7,500 USD 9,000 USD 16,500
Perancis (awam) minimal USD13,000 USD 13,000
Malaysia (swasta) USD4,600 USD4,000 USD9,000
New Zealand (awam) USD 10,000 USD 11,500 USD 21,500
Singapura (swasta) USD 6,500 USD 10,000 USD 16,500
United Kingdom (awam) USD 14,000 USD 12,500 USD 26,500
USA  (awam) USD 13,000 USD 12,000 USD 25,000
USA (swasta) USD 22,000 USD 13,000 USD 35,000

Sumber: Challenger Concept Research Team

Kelebihan-kelebihan Lain

  • Sistem pengangkutan yang baik,memudahkan pergerakan dan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati untuk bersantai.
  • Persekitaran geografi yang selamat,  dengan kedudukan Pahang yang terletak di zon bebas bencana alam.
  • Undang-undang mesra pelajar, yang membenarkan pelajar antarabangsa bekerja separuh masa ketika belajar di Malaysia dengan masa bekerja minima 20 jam seminggu (tertakluk kepada syarat-syarat imigresen).
  • Syurga makanan dengan banyak variasi makanan termasuk makanan vegetarian, halal, etnik dan barat.
  • Negara yang selamat dari segi ekonomi dan sosial, mempunyai kerajaan yang kukuh dan kadar jenayah yang rendah.
  • Penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas menjadikan kehidupan dan pembelajaran adalah mudah untuk pelajar yang mahir dalam Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama mewujudkan satu persekitaran yang baik kepada mereka yang ingin mempelajari bahasa tersebut.


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution