Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Featured Company
“...Pahang offers very competitive pricing in terms of infrastructure costs...”
Contact Us
Contact Us
Interested to Invest in Pahang?
Register your interest


Please use our Online Help.

Online Help operation hours: 11.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 5.00 pm (Mondays - Fridays except for public holidays).

Rumah dan Penginapan


Print Email

Adalah lebih baik menggunakan khidmat agensi harta tanah untuk penyewaan, pembelian dan/atau penjualan hartanah di Malaysia. 
 
Pembelian Hartanah
Warganegara asing boleh membeli harta kediaman di Malaysia, tertakluk kepada kadar minimum yang ditentukan oleh negeri yang berlainan untuk warga asing. Kadar hartanah boleh bermula dari RM500,000.00  seunit. Tanah ialah di bawah urusan kerajaan Negeri dan adalah penting untuk menyemak undang-undang negeri sebelum membuat sebarang komitmen.

Adalah lebih baik membeli harta yang telah dikeluarkan sijil layak menduduki tetapi jika anda bercadang untuk membeli dari pemaju, pastikan ianya syarikat yang bereputasi baik. Juga pastikan peguam anda menjalankan pemeriksaan teliti dengan Pejabat Tanah bahawa anda mempunyai hak milik ke atas harta yang anda beli. Keuntungan yang diperoleh ialah 5% ( Cukai Untung Hartanah).

Penyewaan Hartanah
Adalah mudah untuk mencari kediaman melalui agensi yang bereputasi baik yang boleh memadankan keperluan anda dengan bajet. Jenis-jenis hartanah berupa rumah setingkat atau dua tingkat, pangsapuri servis atau kondominium. 
 
Setelah memilih hartanah, penyewa perlu menandatangani  perjanjian penyewaan dan membayar deposit termasuklah sekurang-kurangnya dua bulan sewa sebagai deposit jaminan yang akan dipulangkan di penghujung tempoh perjanjian penyewaan. Duti setem biasanya dibayar oleh penyewa manakala yuran agen dibayar oleh tuan rumah atau pemilik.

 Kos Menyewa (per month)
  RM US$
Jenis Rumah
Banglo 4,000 - 5,000 1,112 - 1,390
Teres Kembar Dua-Tingkat 1,500 - 3,500 417 - 973
Teres 1,000 - 1,500 278 - 417
Pangsapuri/Kondominium
1-bilik 1,200 - 1,500 334 - 417
2-bilik 1,800 - 2,300 500 - 639
3-bilik 2,500 - 3,800 695 - 1,057
 
 
Perabut
Terdapat pangsapuri, kondominium dan rumah yang boleh disewa dengan dilengkapi perabut penuh atau separa penuh. Walaubagaimanapun, pembelian perabut baru adalah agak mahal. Sebagai pilihan, anda boleh menyewa perabut di kedai-kedai yang menjual perabut baharu.
 
Utiliti
Utiliti seperti (air, elektrik, pembetungan dan pembuangan sampah) untuk rumah di Malaysia adalah efektif dan menyeluruh. Kadar yang dikenakan juga agak murah jika dibandingkan dengan kebanyakan negara lain. Ia selalunya di caj berasingan dari sewa rumah. Sebaliknya, caj perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk pangsapuri dan kondominium dibayar oleh tuan rumah, oleh yang demikian ia telah termasuk di dalam sewa rumah. 
 
Keselamatan
Malaysia ialah negara yang selamat walaupun kecurian, pecah rumah dan kejadian ragut ada berlaku seperti di negara-negara lain, dan anda dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga. Kebanyakan kawasan perumahan pasaran atasan termasuklah pangsapuri, kondominium dan komuniti berpagar mempunyai kawalan keselamatan sendiri dan pelawat di awasi. Kediaman di kawasan sub-bandar yang berprestij begini mempunyai firma pengawal keselamatan persendirian yang diupah oleh jawatankuasa penduduk untuk meronda kawasan tersebut siang dan malam. 


Bookmark and Share
 

Disclaimer: The Government and PKNP shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.
Best viewed using IE 8 / Mozilla 3.0 or better in 1024 x 768 resolution