Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Pelabuhan Kuantan


Print Email

Pelabuhan Kuantan


Pelabuhan Kuantan ialah sebuah pelabuhan kelas dunia yang moden yang dikendalikan oleh Kuantan Port Consortium Sdn Bhd sejak tahun 1998. Ia dilengkapi terminal kargo cecair pukal moden yang mempunyai keupayaan untuk menampung lebih daripada tujuh ton kargo. Ia disokong oleh kemudahan serta perkhidmatan pelabuhan yang khusus untuk memenuhi kehendak industri petrokimia yang semakin meningkat. Pasaran luar yang luas serta rangkaian hubungan perkapalan global yang kukuh telah memantapkan kedudukan Pelabuhan Kuantan sebagai pusat pelabuhan petrokimia dan terminal kontena untuk wilayah Pantai Timur Malaysia.
 
Lokasi
Pelabuhan Kuantan terletak di Tanjung Gelang di sebelah timur pinggir laut Semenanjung Malaysia di antara latitud 03 58' U, longitud 103 26.4' T. Ia terletak kira-kira 25km utara bandar Kuantan, kurang 8 km dari kawasan industri Gebeng dan Peramu, Pekan (kelompok automotif), 38km dari lapangan terbang Kuantan dan lebih kurang 220km jauhnya dari Kuala Lumpur. Pelabuhan ini dihubungkan ke laluan laut utama perkapalan dunia, memberi kemudahan terutamanya kepada  Lingkungan Pasifik, Timur Tengah, Timur Jauh, Eropah dan rantau ASEAN.
 
Pelabuhan ini juga dihubungkan dengan jalan raya melalui lebuh raya Pantai Timur dan dengan kereta api melalui jalan kereta api Kerteh-Kemaman-Kuantan serta ke tempat-tempat lain di Semenanjung Malaysia. Ia juga dihubungkan dengan laluan udara ke destinasi utama dunia melalui Kuala Lumpur.
 
Tempoh Pelayaran
Dari Ke Destinasi Tempoh / Waktu Pelayaran
Pelabuhan Kuantan Singapore 18 - 60 jam
Hongkong 18 - 60 jam
Tokyo 4 hari
Timur Tengah 7 hari
Eropah 23 hari
Mediterranean 15 - 18 hari

Kemudahan Pelabuhan
Kemudahan-kemudahan di  pelabuhan termasuklah:
  • Himpitan Pajak (Berth): Sepanjang 3,213 meter untuk himpitan pelbagai guna, himpitan cecair kimia, himpitan minyak sawit, himpitan minyak mineral dan terminal kontena
  • Gudang Penyimpanan (Storage): kontena, konvensional, barang merbahaya (DG Yard) dan  tangki simpanan
  • Peralatan (Equipment):  kren kontena, kren pelbagai guna, bot tunda, bot pandu, bot tambatan, kren gantri, reach stacker, foklif, prime mover dan treler
  • Gudang simpanan pihak ketiga ( Third party storage): kemudahan pipe rack umum
Perkhidmatan Pelabuhan
Antara perkhidmatan komponen kargo utama yang dapat dikendalikan oleh pelabuhan ini ialah pengendalian kontena, kargo pecah pukal (break bulk), kargo pukal kering (dry bulk), kargo pukal cecair (liquid bulk) dan kargo am. Operator kapal yang utama di sini ialah Stolt Nielsen, MISC dan Odfjell Tankers.

Pelabuhan ini juga menyediakan perkhidmatan marin, bomba dan keselamatan serta lain-lain perkhidmatan logistik yang berkaitan dengan pelabuhan.
 
Maklumat Perhubungan:
Wisma KPC
KM25 Tanjung Gelang
P.O.Box 199
25720 Kuantan 
Malaysia
Telefon: +60 (9) 583 3205
Faksimile: +60 (9) 583 9393
 
Maklumat lanjut:


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768