Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Taman Teknologi Pahang (Gambang)


Print Email

Taman Teknologi Pahang di Gambang dibangunkan untuk menjadi pemangkin untuk merangsang industri-industri berkaitan teknologi tinggi di negeri itu. Taman teknologi tersebut merangkumi komponen-komponen seperti taman makanan halal, bioteknologi, pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pusat agritek. Dengan pembangunan itu, Gambang dilihat sebagai taman teknologi utama di dalam koridor timur.

Fakta Pantas Taman Teknologi Pahang (Gambang)
Jarak Dari Bandar Terdekat
30km dari pekan Gambang, 220km dari bandaraya Kuala Lumpur
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar) 1231.90
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) 1231.90
Jumlah Tanah (hektar)
1231.90
Harga Jualan (RM per kaki persegi) Tidak diperolehi
Cukai Tanah Tahunan (RM)
RM15 untuk setiap bahagian 100 meter persegi untuk 2 hektar yang pertama dan RM10 untuk setiap 100 meter persegi atau sebahagian darinya tertakluk kepada pencukaian minima sebanyak RM150 untuk setiap pemilikan
Taksiran Tahunan 7% dari harta / nilai tanah
Tempoh Pajakan 99 tahun
Jenis Industri   Teknologi Informasi dan Komunikasi, bioteknologi and hab halal
 
Taman Teknologi Pahang terdiri dari Taman Sains Gambang, Bandar CyberTECH Gambang dan Taman Halal Gambang.
 
Taman Sains Gambang 
Taman Sains Gambang, dengan jumlah kawasan terancang seluas 384.66 hektar, dikonsepsikan menjadi pusat untuk pengurusan teknologi dan titik pertemuan di kalangan penyelidik-penyelidik, pengeluar-pengeluar, usahawan-usahawan, pelatih-pelatih dan pemimpin-pemimpin industri.
 
Dengan agro bioteknologi sebagai tumpuan utama taman sains ini, ia bertujuan untuk memberi prasarana teknikal dan fizikal untuk integrasi antara pengeluar bahan-bahan mentah, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan industri ke arah pemasaran global.
 
Ia juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pelabur-pelabur antarabangsa dan tempatan dan sebagai saluran pemasaran yang cekap untuk produk-produk. Taman sains ini akan menawarkan satu kemudahan berkesan untuk pemindahan teknologi melalui satu persekitaran infrastruktur yang lengkap dan moden. Taman akan memberi faedah kepada usahawan-usahawan yang akan dapat menjalankan simulasi pengilangan barangan dan aktiviti-aktiviti pengujian pasaran dengan harga yang berpatutan.
 
Bandar CyberTECH Gambang
[Tiada maklumat pada masa ini]
 
Taman Halal Gambang 
Taman Halal Gambang ialah sebahagian daripada Taman Teknologi Pahang menumpukan kepada pengeluaran makanan dan industri bukan makanan sejajar dengan prinsip Syariah. Pembangunan Taman Halal ini akan memastikan pengiktirafan halal dalam pengamalan dan produk-produk di peringkat antarabangsa dan dengan itu menguatkan lagi penghasilan barangan halal Malaysia sebagai produk pilihan secara global.
 
Taman tersebut mempunyai “incubation centres” untuk pengusaha makanan mikro dan kecil. Di taman itu juga, satu Kompleks Halal telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan membentuk sebahagian daripada 14.8 ekar Taman Halal Gambang. PKNP memiliki dan menguruskan 45 ekar dari kawasan taman tersebut termasuk Kompleks Halal manakala Prima Agri-Products Sdn Bhd memiliki dan menguruskan taman yang lain iaitu Taman Makanan Halal Prima (98.8 ekar).

Peta
Peta Kawasan Industri


Peta Lokasi


View Larger Map


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768