Malay | English
White Black Red Blue disable_green A+ A A-


Syarikat Pilihan
Encik Mohd Farid Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Berminat untuk melabur di Pahang?
Daftar minat anda


Sila guna Bantuan Atas-Talian kami.

Waktu operasi Bantuan Atas-Talian: 11.00 pg - 1.00 tgh & 3.00 ptg - 5.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

Kawasan Perindustrian Gebeng


Print Email

Kawasan Perindustrian Gebeng menempatkan zon industri petrokimia dan kimia bertaraf dunia. Ia terletak hanya 5 kilometer dari Pelabuhan Kuantan dengan empat fasa pembangunan yang meliputi 8,600 hektar tanah. Dengan kemudahan dan infrastruktur yang baik, Kawasan Perindustrian Gebeng sedang berkembang dengan pesat menjadikannya pusat kimia dan petrokimia yang utama di rantau ini.

Fakta Pantas Kawasan Perindustrian Gebeng
Jarak Dari Bandar Terdekat 25km dari bandar Kuantan; 250km dari bandaraya Kuala Lumpur
Jumlah Kawasan Dirancang (hektar) 2468.60
Jumlah Tanah Dibangunkan (hektar) 2408.08
Jumlah Tanah (hektar) 1557.20
Asal Tanah Tanah Negeri
Harga Jualan (RM per kaki persegi) RM14.00 - RM23.00 (Lot Industri Kecil - Sederhana)
Cukai Tanah Tahunan (RM) RM15 untuk setiap bahagian 100 meter persegi untuk 2 hektar yang pertama dan RM10 untuk setiap 100 meter persegi atau sebahagian darinya tertakluk kepada pencukaian minima sebanyak RM150 untuk setiap pemilikan
Taksiran Tahunan 7% dari harta / nilai tanah
Tempoh Pajakan 99 tahun
Jenis Industri Petrokimia, Kimia dan Umum

 

Kemudahan dan Infrastruktur
Kawasan Perindustrian Gebeng menawarkan kemudahan pembuatan kimia dan petrokimia yang komprehensif untuk para pelabur.  Jalan Pintas Gebeng yang memudahkan aliran trafik dari kawasan perindustrian ke Pelabuhan Kuantan, menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuantan melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Laluan ini menyediakan  cara pengangkutan yang menyenangkan dan kos berkesan dan membolehkan pengangkutan bahan mentah lebih efisien untuk saluran tempatan dan juga antarabangsa.
 
Di samping itu, infrastrukturnya yang sangat baik seperti pipe rack umum yang menghubungkan loji petrokimia di Kawasan Perindustrian Gebeng dengan kemudahan ladang tangki di Pelabuhan Kuantan serta himpitan (berths) cecair kimianya. Ia memudahkan pengangkutan produk petrokimia dengan selamat dan cepat di antara kedua-dua kawasan.

Perbadanan Multinasional
Kawasan Perindustrian Gebeng  merupakan pusat aktiviti komersial yang sedang berkembang maju yang menempatkan banyak syarikat multinasional di dalam sektor petrokimia. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah BP Chemicals (M) Sdn Bhd, BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd, Flexsys Chemicals (M) Sdn Bhd, MTBE (Malaysia) Sdn Bhd dan banyak lagi.

Maklumat lanjut:
 
Peta:
Peta Kawasan Industri

Peta Kawasan Perindustrian Gebeng



Peta Lokasi

View Larger Map


Bookmark and Share
 

Penafian: Pihak Kerajaan dan PKNP tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang didapati dari portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 8 / Mozilla 3.0 atau lebih baik di dalam resolusi 1024 x 768