
Pasaran Berkembang
Malaysia pada masa ini adalah pengeksport bersih produk berasaskan kimia dan petrokimia terutamanya plastik. Produk eksport utama ialah bekas dari plastik, plat, filem, helaian, kerajang, jaluran dan barangan lain dari plastik. Destinasi utama eksport termasuklah Eropah, Republik Rakyat Cina, Hong Kong, Singapura, Jepun dan Thailand.
Kemudahan dan Infrastruktur
Kemudahan pengilangan petrokimia dan kimia yang komprehensif ini merangkumi Kawasan Perindustrian Gebeng. Melengkapkan kawasan perindustrian yang sedang berkembang ini adalah jalan pintas Gebeng, yang telah memainkan peranan penting dalam memudahkan aliran lalu lintas antara Kawasan Perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Jalan pintas ini menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuantan secara langsung melalui Lebuhraya Pantai Timur. Laluan baru ini memberikan lebih keberkesanan kos, kemudahan untuk tujuan pengangkutan antara dua destinasi, memudahkan penghantaran yang lebih cekap untuk muatan dan bahan-bahan mentah di antara Kawasan Perindustrian Gebeng dan tempatan serta juga saluran antarabangsa.
Kemudahan dan infrastrutur yang tersedia membuat Pahang tempat terbaik bagi para pelabur untuk menempatkan perniagaan petrokimia mereka. Ini termasuk:
-
Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU)
-
Menyelaraskan keperluan kemudahan dengan bekalan kuasa, gas perindustrian, air dan stim
-
Pelabuhan Kuantan dengan kemudahan, sistem saluran paip dan rak paip yang menyambung terus Gebeng ke Pelabuhan Kuantan, pelabuhan kontena dan kargo cecair, keretapi menghubungkan Kertih, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan
-
Persekitaran Taman Teknologi menggabungkan sebuah pusat latihan, pusat pengumpulan dan memproses sisa serta kemudahan mengurus dan menyimpan bahan, kemudahan penyenggaraan dan perkhidmatan
-
Lebuhraya Pantai Timur
Peningkatan Projek
Dalam rangka meningkatkan kemampuan kemudahan petrokimia yang sedia ada di kawasan Pantai Timur, sebuah projek yang dikenali sebagai Rangkaian Perindustrian Plastik Kerteh akan dibentuk bagi membolehkan sinergi berpotensi antara Gebeng di Pahang dan Kerteh, Terengganu. Kompleks ini akan dimajukan di atas 140 hektar tanah bersebelahan loji petrokimia yang sedia ada. Projek ini akan dapat menarik pelabur asing untuk melabur di dalam industri plastik dan industri lain berkaitan plastik.
Syarikat Antarabangsa
|